-laki yang kedekut tayik hidung masin nak jimat konon-konon boleh kaya!Tapi kayap..
-laki kedekut ayat power dan belaian mesra
-belai dan raba raba jika dia sedang 'berhajat' sahaja!Waktu lain lantak pi kat hang!!
-laki berlagak macam lebih sudu dari kuah,bini serebeh sikit dah tak mahu jalan bersama!
-laki yang suka sindir sindir dan ungkit kisah lalu!
-yang nak asmaradana hanya untuk kepuasan dia sahaja!
-berkira duit ringgit dan tenaga
-nak bini ikut semua cakap dia,dia ingat bini tidak ada agenda sendiri ke?
-perasan dia sahaja yang baik dan warak konon dia sorang yang ikut landasan agama!
-tidak sedar dia tidak beri nafkah sepatutnya pada bini!
-laki yang tidak beri nafkah zahir dan batin tapi tak cukup!
-suka ambil kesempatan kerana bini orang berkerjaya!Senang cakap melantak duit bini!
-suka menyebelahi orang lain jika bini ada krisis dengan orang lain,dia tetap salahkan bini dan tidak sekali orang lain!
-laki yang dah boring tengok muka bini
-laki yang suka main rata perempuan!Bini takutla risau takut dapat HIV!
-laki yang bengis,celupar,laser dan mulut pot pet kalah Din Beramboi!
-laki yang pemalas macam golok tanah!
-laki yang perasan dia sahaja yang bijak,laksana profesor dan dekan fakulti!
-laki yang pasan dia hensem dan anggap bini hodoh macam muka tayar lori!
-laki yang anggap bini bodo dungu dan bengap!
-laki yang buas nafsu serakah dan suka tengok video lucah terover!
-laki yang suka naktiru semua adegan berahi dalam vedio lucah yang dia pernah tonton!
-laki yang tidak peka kesihatan bini,walau bini mengadu sakit dia buat derk!
-laki yang sentiasa anggap dia sahaja yang betul dan warak 25 jam.
-laki yang anggap bini duk di rumah goyang kaki sedangkan dia bekerja.
-laki yang anggap dia lebih educated dan berwibawa dari bini yang hanya sekolah atap!
-laki yang mengharap'give'dari bini tapi dia tak give langsung!
-laki yang tak mahu jaga penampilan diri badan gemuk dan selekeh!
-lelaki yang hina bini mentang le dah tak cantik macam dulu.
-laki yang tak adil,berat sebelah dalam apa jua hal
-laki yang penakut dan bacul tidak sanggup hadapi kenyataan hidup!
-laki yang hanya menikah dengan bini tetapi tidak dengan keluarga bini!
-laki yang tidak endahkan perihal mertua sendiri!Dia buat macam orang asing!
-laki yang tidak mengaku bini di hadapan bini lain dan juga di hadapan kawan-kawan!
-laki yang dera mental,fizikal dan emosi bini.
-laki yang tidak pandai ambil hati bini langsung!
-laki yang penakut dan tidak membela keluarga bila keluarga teraniaya!
-laki yang tidak tegas,lembik dan bacul!
-laki yang berwibawa depan orang tetapi mengalah sangat dengan bini.Binipun nak laki yg berani bukan takut sangat dengan dia!Hormat lain takut bini lain tau!
*Minta maaf sekiranya terkena batang hidung anda sebagai suami.Kalau terkenapun barangkali kebetulan sahaja!Lantak ko laa hahhahah Memang semua ini adalah antara masalah masalah di celah kehidupan kita sebagai hamba Allah.Kesimpulannya bini nak laki yang macam hero!!Tempat bermanja,tempat bergantung harap bergantung kasih!
Jangan sampai orang lain ambil alih tugas tugas memanjakan bini anda!Lainlah jika bini anda jenis tak manja dan jenis cengil,brutak dan rockers hahhahahah!
SAYANGILAH BINI ANDA YANG MANJA TU!:)
Jumaat, 2009 Oktober 02
Bini Takut Dapat Laki macam ni!!!
Ditenyeh oleh: Tirai Hidup at 18:25 0 Ulasan Links to this post
Lelaki takut bini kerana...................
-cengil macam ayam betina beranak kecik
-suka berleter kalah Farah fauzana hot fm!
-kalau marah meroyan macam perempuan gila
-nak seks kalau dia tengah sangap,kalau tak jangan harap!!
-muka mencuka baik cantik lagi sloth betina
-suka check hand phone!baca semua sms!
-jeles sangat sangat tapi bukan jeles sayang tapi jeles cari pasal!
-suka jalan jalan cari pasal!
-kalau minta nak seks,macam-macam helah tak larat la sakit perut la sakit gigi lah!
-kalau shopping heret laki sama bukan nak romantik tapi nak guna kad credit/duit laki!
-pegang tangan laki hanya untuk 'eksyen' supaya orang tengok laki sayang dia!
-suka kalau laki tunjuk muka bodo!Dia tak sedar orang nampak sangat dia bully laki!
-suka jaga bill telefon laki tapi bukan dia yang bayar tapi dia 'penjaga bill terperinci!
-sanggup memalukan laki dan jatuhkan reputasi laki sebagai orang yang disegani!
-kalau boleh nak kontrol mana hala tuju kewangan laki??
-kalau boleh laki jangan keluarkan duit untuk sesiapa sahaja kecuali dia!
-kalau boleh laki ni kena jadi lembu pakai jerut hidung!senang sentap bila agak jauh!
-berkira sangat sangat kalau guna duit dia
-bini nak jadi queen kontrol secara 100%
-kalau boleh laki tu kene buat muka dungu dan bengap jangan langsung tunjuk muka 'happy'atau muka pandai -kalau nampak 'happy 'terus tuduh kata laki ada girl friend!
-suka sindir dan ungkit kebaikan yang dia buat!
-suka ajak anak anak masuk geng dia dan laki tak dak geng-kira dia hasut anak-anak benci bapak sendiri!
-cengil dengan laki hingga akhir hayat!
-tidak memaafkan kesilapan laki sampai bila bila!
-tidak menghalalkan semua keperluan yang dia beli untuk laki guna!
Kesimpulan:Dia benci laki dia sebenarnya tapi seronok dera!Nikmatnya dera laki hingga tak terkata!Tunggu saja laki mati atau pencen dapat bolot semua duit khariat kematian dan semua harta dia sebab penamaan dah dia set nama bini sahaja!
*Minta maaf jika terkena batang hidung para pembacaku sekalian,bukan nak bela kaum laki tetapi sekadar berkongsi cerita cerita di celah kehidupan kita di muka bumi Allah ini!Kalau terkena nasib laa hihihi!
Ditenyeh oleh: Tirai Hidup at 17:58 0 Ulasan Links to this post
Bila pasangan dah hilang kepercayaan??Sedap baca ni....
Bila isteri atau suami dah hilang kepercayaan pada anda??
-apa yang anda buat dia rasa hanya drama sahaja!
-kalau anda berbual dengan kawan biasapun di telefon dia akan syak anda sedang menghubungi sidia!
-dia boleh jadi akan terus menghukum anda dengan segala 'bully'asalkan dia puas hati!
-dia boleh jadi menghukum anda dengan seberat hukuman yang adakalanya hingga menjejaskan reputasi anda!
-kalau perempuan dia akan 'hamok'anda dengan habis meroyan dan kalau lelaki dia akan siksa anda dengan sindiran yang menyakiti hati!Tu kira bernasib baik lagi kerana lelaki seringkali suka dera fizikal tetapi tak kurang yang suka dera mental dan emosi!
Sebenarnya dia sudah dingin sedinginnya dengan anda!Dia bertahan dengan anda kerana dia ada suatu agenda!!!Sekiranya anda isteri atau suami yang masih berharga di mata dia,mungkin anda ada kelebihan harta dan wang ringgit barangkali!Jangan lah sampai mendera suami atau isteri sedangkan kita dah tak sayangkan dia dan kita hanya bertahan dengan dia kerana harta dan wang ringgit...apalah erti semuanya ini??Fikir fikirkanlah!!
Apa kesudahannya permainan ini???Sepatutnya buang yang keruh dan ambil yang jernih!!Atau tamatkan sahaja permainan yang menyakitkan jiwa ini tanpa menyakiti hati pasangan terlalu lama!Mungkin anda akan bertemu jodoh yang lebih baik dari sebelumnya.....
Ditenyeh oleh: Tirai Hidup at 03:13 4 Ulasan Links to this post
Khamis, 2009 September 24
BACAAN YANG WAJIB DIBACA OLEH SUAMI/ISTERI!
Suami saya adalah seorang jurutera,pada awalnya saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan bertahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih.. mulai merasa lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.
Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidak-mampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Siti ada 1 soalan, kalau abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti. Seandainya Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika abang memanjat gunung-gunung itu, abang akan mati. Apakah yang abang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...
“SAYANGKU, ABANG TIDAK AKAN MENGAMBIL BUNGA ITU UNTUKMU, TETAPI IZINKAN ABANG UNTUK MENJELASKAN ALASANNYA.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti boleh membuka dan mengendalikan komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, abang harus memberikan jari-jari abang supaya boleh membantu siti untuk memperbaiki program tersebut.Tetapi ini tidak pernah berlaku!
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan abang harus memberikan kaki abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”Siti buka sendiri sebab Sitilah yang selalu tiba di rumah kita sebelum abang!
“Siti suka jalan-jalan di shopping kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”Ini juga tidak berlaku kerana Siti 'shopping'sorang sorang tanpa ditemani suami kerana suami tak kisah asal Siti boleh buat sendiri,Siti buat laaa...
“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan abang harus memberikan tangan abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”Ini juga tidak pernah terjadi walau Siti lenguh kaki dan walau Siti meratap hibapun abang buat 'derk'sahaja!
I
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang abang alami.”Ini juga tidak pernah terjadi kerana tidak ada sepatah cerita kelakar yang keluar dari bibir abang kerana abang hanya 'bercakap'perkara perlu sahaja!
“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, abang harus menjaga mata abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”Sejak kawin Siti potong sendiri je kuku ni mana ada saat romantis kita???
“Tangan abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”Nak pimpin tangan di pantai???Bagai jauh api dari panggang laa sedangkan melintas jalan yang sesak pun abang biar Siti lintas sorang???
“Tetapi sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian abang.”Abang masih ingin bernyawa demi nak ucap terima kasih dan mengucup dahimu setiapkali Siti melayan nafsu abang!!
“Sayangku, abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.” Tau tak per bang...pernah ke abang kucup dahi Siti setiapkali lepas kita belayar bersama???Lepas habis 'game over'abang berdengkur sedap!!
Bagi saya jika ada ramai suami yang sedar betapa perlunya saat romantis dan bukan dibuat buat tentu ramai yang tidak kecundang dalam perkahwinan!Jika permintaan kaum isteri diabaikan,bukan takat kecewa,merana sepanjang hayat tau??Bayangkan nak teruskan hidup dengannya lama lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”
“Puaskah Siti sayangku...?”
“Jika Siti tidak puas hati, sayangku... biarkan abang masuk untuk mengemaskan barang-barang abang, dan abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia abang bila Siti bahagia.”
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.Siti,hang memang buta perut??Buta hati sebab suami Siti cukup A1 punya!!Bukan suami cap ayam!!!Tapi hang saja yang tak nampak??Kalau perempuan lain nampak nahas kau Siti!!!
Ulasan: Dalam kisah di atas memanglah jelas nampak sangat sangat bini yangi tidak sedar betapa romantisnya suami dia...tetapi apa hal jika semua jawapan yang suami Siti berikan di atas itu tidak pernah terjadi dan tidak pernah dibuat oleh suami -suami di luar sana???
Bagi saya jika kita dapat suami seperti suami Siti alangkah bertuahnya kita.Percaya atau tidak masih ada suami yang sebaik suami Siti masih tidak dihargai oleh isteri???Jawapannya ada!!!!
Isteri yang dapat suami romantis,penyayang,baik dan mengalah dalam semua halpun masih mendendami suami dan membenci suami!Tu yang duk heran??Tak habis habis sampai la ni......kalau anda seorang suami sila baca apa yang suami Siti buat?Pernahkah anda berbuat demikian??????Perkahwinan bukan satu sandiwara depan anak-anak atau nak tunjuk bahagia depan orang lain.Jika anda tidak bahagia,masih dibelengu oleh isteri yang suka dera suami dan suami yang suka dera isteri,bawak berbincang,jika masih didera emosi,fizikal dan mental lebih baik say good bye! :)
Ditenyeh oleh: Tirai Hidup at 05:48 4 Ulasan Links to this post
Selasa, 2009 September 22
Maaf Zahir Bathin
Mohon Maaf Zahir Bathin.... 
Aduan Pelanggan
+6285255827511
+6281241384661
Ditenyeh oleh: Wis at 20:02 0 Ulasan Links to this post
Bakat lawa dalam menghias rumah!
tapi patut bersyukur juga kerana rumah ini adalah hasil titik peluh sendiri.
Hari ini nak berkongsi idea bagaimana idea menghias rumah yang tercetus di kepala hotak aku ni..sebagai blogger tegar yang tidak sudah sudah sibuk mengalahkan menteri Pelajaran hahhahahah!Di celah kesibukan aku sempat meluangkan masa mempedulikan rumahku ini.Bukan apa nak anak anak seronok tinggal di dalamnya walaupun tidak lah secantik dan sehebat mahligai impian...jom kita tengok bakat lawa aka cikguazi dalam menghias rumah pulak hihihihih...
Pemegang langsir yang bulat tu mudah didapati di Nagoya Textile Sg Petani.Harga cuma RM12.90.Nampak ekslusif kan??Sebenarnya kita dah boleh mencantikkan rumah dengan hanya mengeluarkan sedikit duit sahaja..tak perlu berbelanja lebih lebih kalau nak cantik!Oh ya cuba lihat rama-rama besar dan kecil tu sebenarnya hanya rama rama stokin yang boleh ditanggalkan.Lawa memilih kain jenis keras supaya nampak kemas dan berwarna plain supaya nampak lapang.Walau warna ni nampak terang tapi masih sesuai dengan suasana antik perabot jati dan kelihatan tenang untuk bersantai!
Yang ni kerusi Betawi panjang muatan 2 tempat duduk.Kerusi ni dibeli di Sg Petani sahaja.Kedai jati ni mudah nampak sebab letaknya di jalan ke OUM Aman Jaya.Sebenarnya kedai jati ni menjual jati baru dan lama dan juga yang 'reject'.Rejectpun masih boleh di baiki.Kalau orang mesken macam kita nak bergaya masih mampu membelinya di kedai begini!Dan kalau anda peminat jati lama dan antik sila berkunjung di kedai ini!Peminat jati antik akan memilih barangan lama dari yang baru.....kerana yg lama lebih kelihatan antik!
Lampu garam gunung yang boleh dibeli di Gaint Kulim dengan harga 'lowest price'RM28 dan paling mahal RM60.Baik untuk kesihatan dan menambah kalsium dan iodine dalam tubuh!Jom ikut lawa pi Gaint Kulim!!
Amplifier tu sebenarnya boleh digunakan sebagai penyeri halwa telinga ketika bersantai di ruang ini!Lagu lagu dan muzik dapat diakses terus dari 'pen drive'.Zaman dah berubah semuanya mudah bagai memetik jari!Bawah meja tu cuba tengok ada beberapa batang kulit kayu manis yang dapat mengeluarkan aroma kayu manis!
Amplifier ni dipenuhi dengan lagu-lagu,muzik,koleksi Dj lawa dan beberapa nasyid sebagai halwa telinga!Tapi anak lawa si Mimi memang masukkan lagu -lagu omputih kegemarannya!
Handset N77 tu asyik di charge 25 hours hihii!Bakul kecil tu tempat letak kunci segala mak nenek..kalau orang sua tangan kut tingkap pasti dapat curi kereta dan macam -macam! Pick up jari terlebih dari pick up otak bak kata Belalang Dewa hahaha!
Terima kasih sayang kerana tolong mama hias rumah kita!
View dari 'angle' ni dapat detect ada sebiji cawan yang ditinggal tuannya hahahha!Dalam mama bz perasaan dengan casa impian ni ada je orang tertinggal cawan minuman ye??
Gambar inilah sahaja yang dapat dirakam dengan 'pixel' yang agak cantik yang lain tu macam kalut semacam je!Maklumlah jurukamera haprak je hahahhahah!! <---asyik gelak je sambil menulis n3 !!Dah sasau ke haper ha?? huh...dah siap n3 baru rasa lega dan boleh buat keje lain...inilah sikap blogger TEGAR!memang KETEGARQQQQ!! n3 ditaja oleh Parkson,Gaint Supermarket dan Kedai Perabot Jati hahhaha.
N3 ini juga adalah disediakan khas buat semua sahabat handai rakan taulan sedara mara yang jauh di mata tapi dia dekat di hati! :) :) :P
Ditenyeh oleh: Tirai Hidup at 04:00 4 Ulasan Links to this post
Desas Desus Idul Fitri 2009
Ni bab kesihatan...
Hari ni rasa perit tekak,bangun pagi terasa pedih tekak akibat makan daging banyak sangat hihihihi.Bila rasa begini terus risaukan H1N1 hihihi bersinpun kerap jugak..minta dijauhkan.
Ni bab emosi...
Aku bersyukur aku ni memang jenis tabah hati dan semangatku kental.Tadi dapat sms dari kawan aku Nan seorang anggota Polis Baling,Nan kata jangan degil tau!!hahhahaha
Aku tak tahu bagaimana aku boleh jadi sekuat ini.Apa sahaja yang aku lalui ..dalam hidup ini semuanya aku tempuhi dengan tenang...yes I am an iron lady right now!!!Walau nampak lembik macam plastisin tapi jiwaku kental!Semoga jadi teladan buat insan insan yang sedang berduka cita di luar sana!!
Rilex!Rilex!!Ceriakan hidup anda!Walau segusar mana tahap anda berada!!Tarik nafas...lepas..tarik lepas!
Ni bab 'track'....
Ada kawan aku pernah kata..as long as you know you are in the right track!!You masih ada batasan sebagai orang beriman!!Ececceccece....Yes I am in the right track!!Ada kawan aku kata...laser juga..tapi biarq pi kat dia..dia tu memang terkenal dengan 'mulut laser'lantak pi la kat dia!!Wa cakap lu aaa...lu mudah cakap sebab lu bukan di tempat gue...hahhahahahha!!Apa saja gue explain..semuanya 'nothing'to you!!!So orang macam ni kita jangan ambil kisah..dia sedap hentam kita bila dia suka...dia tidak akan menjiwai perasaan kita!!
Biol pulak msg..biol kata alaaa this is not your first time kan??hihihihi Biol aku sayang padamu....
Anatahir pulak kata....lawa aku harap persahabatan kita berkekalan...lawan sms beberapa kali dengan dia...batang hidung haram x tengok..
Ni bab OUM.
Aku dah terhutang budi tapi body tetap tidak tergadai hahhaha
Kawan ..kau la sahabat dan kaulah teman yang sentiasa dalam ingatanku..
aku sayangkan dia..kerana dia sanggup susahkan dirinya demi aku!!
teman sejati sukar dicari...bagi aku memang ada beza antara orang yang disayangi dan teman sahabat yang menyayangi kita...tapi ada orang yang tidak dapat membezakan antara orang yang disayangi dengan teman ,sahabat sejati....tapi aku dapat kedua duanya ...syukur aku dapat bezakan antara orang yg di sayangi dengan teman sejati..hanya jauhari mengenal manikam!
Banyak sms yg ku terima dari sahabat maya.terima kasih kalian..
Ni bab Raya pulak...
Orang kata Hari Raya ni hari yang paling sibuk bagi umat Islam membuat persediaan..jadi aku salah sorang yang paling sibuk mengalahkan menteri!
Semuanya nak mudahkan keje laa..maklumlah lawa bukan pandai masak sangat..cincai cincai tu boleh laa..
sekeping cuma RM52/.Batang langsir tu semua dah ada,balik terus pasang je!Senang keje..
Aku Silap Hari Bulan...'sales'pada 17 tapi aku pi 16Ini la rupa set kerusi jati yang aku beli di Napoh Jitra Kedah pada 16hb.Sept.2009.Aku pergi berdua dengan...ehem ehem..korang teka la siapa ehem ehem aku yang sungguh special yang jadi 'drebar'aku pada hari tu!!Sidia memandu dengan laju tetapi cermat maklumlah orang jenis cermat..aku sayang padanya.Walaupun bulan Ramadhan demi sayangkan aku dia sanggup jadi drebar aku sampai di Changlun Jitra. Bukan dekat wooo jarak antara Kulim dan Jitra!Bila sampai di sana alangkah frustnya 'sales'adalah pada keesokan harinya.So aku memang silap hari bulan!
Ditenyeh oleh: Tirai Hidup at 01:05 0 Ulasan Links to this post
Jumaat, 2009 September 11
Ada apa pada nama???.....
Panduan kepada sesiapa yang masih tercari-cari nama untuk cahaya mata yg baru, boleh le kalau nak dicadangkan nama2 yang di bawah ni.....semuga "sejuk perut ibu mengandung" hehe... Pilihlah yg anda berkenan:-
Pandai tanam bunga - Rosman.
Pandai membaiki kereta - Karman .
Average dalam golf - Parman .
Pandai dlm penulisan - Suratman .
Gagah perkasa – Suparman.
Boleh mendengar sambil berjalan - Wakiman .
Selalu bertanya - Azman (loghat jawa bunyi Asman) .
Pandai buat kuih – Paiman.
Pakar jualan – Salman.
Pakar pasal alam sekitar - JASman (Jab. Alam Sekitar) .
Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu – Saniman.
Doktor gigi – Sugiman.
Supaya cepat naik pangkat - Yasman .
Bakal kaki pukul dan dera orang - Deraman .
Yang ada darah Bengali - Baiman .
Mat rock - Rokman .
Jadi polis trafik – Saman.
Pakar kunci – Lokman.
Baik budi pekerti – Budiman.
Buat kerja ala kadar – Kadarisman.
Suka bagi orang susah - Sukarman .
Suka mengada-ngada – Ngadiman.
Dua alam - Herman .
Sedap mata memandang - Taman
Paling tak guna – Koman.
Selalu sakit -Deman
Kalau yang kuat berlawan – Ultraman.
Yg suka main daun terup poker - Pokerman.
Tepuk dada Tanya di kaunter pertanyaan… sekiranya terdapat mana-mana nama yang menyinggung hati dan perasaan mohon maaf…. Sesungguhnya tiada kena mengena sama ada dengan yang hidup atau pun mati
Ditenyeh oleh: Ajak at 10:55 2 Ulasan Links to this post
Rabu, 2009 September 09
MUKA WANTED BETOI.....
Ditenyeh oleh: Tirai Hidup at 06:23 5 Ulasan Links to this post
Rahsia lain : Galeri
PHOTOFUNIA

Inilah hasil photofunia.Kepada sesiapa yang hendak mencuba sila http://www.photofunia.com/
'SELAMAT MENCUBA'
Ditenyeh oleh: Tirai Hidup at 05:48 2 Ulasan Links to this post



